Utamakan kebajikan rakyat, bukan politik - PM
"Saya tidak mahu sentuh pasal politik ketika ini," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya, Perdana Menteri menjelaskan, perkara yang menjadi keutamaannya kini adalah memastikan kebajikan rakyat dibela, meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara serta menjaga kesihatan rakyat.
"Ramai orang tanya saya, mengapa tidak cakap atau ulas mengenai politik yang berlaku di luar sana.
"Saya sudah 40 tahun dalam bidang politik namun tidak mahu sentuh pasal politik ketika ini.
"Apa yang jadi perhatian utama saya ketika ini adalah kebajikan rakyat, pembangunan negara dan ekonomi serta menjaga kesihatan rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh pemimpin masyarakat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di dewan berkenaan, hari ini. Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.