Bukan 50 Ribu, Tajuddin Akhirnya Mengaku Berapa Sebenarnya Gaji Dia Sebagai Pengerusi Prasarana

Perlantikan beramai-ramai ahli politik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan atau GLC sejak akhir-akhir ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai.
Antaranya MP Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah dilantik sebagai Pengerusi TNB dan Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Negara.
Pastinya persoalan berapa gaji dibayar menjadi tanda tanya rakyat marhaen.
Menjawab persoalan itu, anggota parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata gajinya sebagai pengerusi Prasarana cuma RM8,000 saja.
” Tak ada hal. Kita sangat teIus.
” Lapan ribu saja,” katanya ketika menjawab soalan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru).
Akmal sebelum ini mendkwa terdapat kira-kira 50 lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan purata gaji RM50,000, tidak termasuk elaun.
Justeru, dakwanya, kerajaan terpksa membayar kos sebanyak RM25 juta setahun untuk bayaran itu.
” Ini f1tnah, t0hmahan berat dan j4hat,” kata Tajuddin ketika perbahasan titah diraja.
Beliau juga berkata gaji Pengerusi Uda Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) juga sebanyak RM8,000 sebulan.
” Saya sekarang sebut dua tak betul. Mungkin ramai lagi yang tak betul itu,” katanya.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada 13 Mei lalu mengumumkan pelantikan Tajuddinse bagai pengerusi kumpulan berkuatku4sa 11 Mei.
Tajuddin menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei lalu.
Prasarana memaklumkan pelantikan Tajuddin dibuat berdasarkan pengalamannya dalam dunia korporat selain pernah menerajui beberapa GLC.
Tajuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pernah menjadi timbalan menteri pertanian dan asas tani antara 2013 dan 2018 semasa pentadbiran BN.
Berasal dari Kampung Gajah, Perak, Tajuddin adalah graduan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 1972.
Beliau juga pernah menjadi Pengurus Jualan di Cycle & Carriage (M) Sdn Bhd, iaitu pemegang francais dan pengedar tunggaI kereta buatan Mitsubishi Motors.
Berbekalkan pengalaman bekerja dengan Cycle & Carriage itu, beliau mengambil langkah berani sebagai pengasas dan peneraju sebuah kumpulan automotif yang terbabit dalam pengimportan, pemasangan serta pengedaran kereta penumpang dan komersial Mitsubishi dan Isuzu.
Tajuddin adalah Pengarah Urusan United Assembly (Services) Sdn Bhd, United Straits Fuso Sdn Bhd, Automotive Corporation ( M ) Sdn Bhd dan United Cycles Sdn Bhd.
Di samping industri automotif, Tajuddin juga terbabit dalam pembangunan hartanah dan pendidikan tinggi swasta.
Beliau turut memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor korporat dan politik selain pernah menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani.
Kredit a.kni