KEDUDUKAN DAP SEMAKIN GOYANG GARA-GARA PEMIMPIN MEREKA YANG ANGKUH

Masalah kepincangan dalam Pakatan Harapan yang kelihatan jelas baru-baru ini nampak macam disebabkan Mahathir. Sekejap calon diri sendiri lepas tu calon Shafie Apdal. DAP dan AMANAH main sokong saje walaupun PKR tak nak. Nampak pelik kan mengapa DAP dan AMANAH beria-ria sangat walaupun kononnya menyokong Anwar selama 22 tahun.
Sebenarnya kepincangan dalam Pakatan ini mencerminkan kegoyahan DAP. Walaupun DAP sibuk jaja cerita bahawa BN dulunya dan sekarang PN bersungguh-sungguh nak sabotaj DAP, sebenarnya DAP itu sendiri dalam keadaan yang tidak stabil. Contoh yang baik adalah kes terowong bawah laut Pulau Pinang yang cuba ditenggelamkan oleh Lim Guan Eng dan rakan-rakan disebalik kontroversi PH Plus cuba mengambil alih Putrajaya semula.
Ketika ramai orang bercerita pasal Mahathir, Anwar dan Shafie, kisah Jeffrey Chew, bekas Setiausaha politik Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang ditahan oleh SPRM berlalu begitu sahaja. Jeffrey telah ditahan sewaktu memberi keterangan berkenaan projek terowong bawah laut yang bernilai RM6.3 bilion yang sepatutnya bermula pada 2017 tetapi sehingga kini masih belum mula.
Walaupun projek ini masih belum bermula, tanah milik negeri telah bertukar tangan apabila rakyat Pulau Pinang bertanya mengenai kemajuan projek ini, DAP Pulau Pinang buat-buat bodoh sahaja. Sikap DAP bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di negeri-negeri lain telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Kejadian beberapa ahli Undangan Negeri di Pulau Pinang telah membuktikan mereka telah hilang kepercayaan kepada DAP. Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan Buntong, A.Sivabramaniam serta Tronoh, Paul Yong yang keluar parti juga menjejaskan pengaruh parti tersebut di kawasan Perak.
Walaupun mendakwa memperjuangkan amalan demokrasi, parti DAP sebenarnya sebuah parti yang mengamalkan pemerintahan secara dinasti iaitu dikuasai oleh keluarga Lim. Sebarang teguran mengenai parti tersebut yang telah menyimpang dari matlamat dan objektif asal akan diambil tindakan dan didiamkan.
Kegagalan DAP dan sekutunya Mahathir, AMANAH dan PKR memenuhi manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat apabila memenangi PRU ke-14 dan membentuk kerajaan telah mengakibatkan majoriti rakyat berasa dikhianati, termasuk penyokong-penyokong parti berkenaan. DAP kini menghadapi masalah kepercayaan gara-gara pemimpin mereka yang buat hal dan angkuh! Berani buat beranilah tanggung akibatnya.