Letupan Dasyat Gegarkan Beirut, Presiden Lubnan Isytihar Darurat 2 Minggu
Pada jam 6 petang waktu tempatan, Beirut, Lubnan telah digegarkan dengan dua letupan dasyat sehingga mengakibatkan puluhan orang terbunuh dan ribuan lagi mengalami kecederaan.
Letupan teruk
Video letupan tersebut juga tular di media sosial dan terlihat begitu dasyat sehingga menyebabkan kemusnahan beberapa kilometer.
Gambar2 kemusnahan
Gambar-gambar keadaan di sana ketika ini juga telah tular di media sosial dan dapat dilihat kemusnahan dihadapi Beirut yang amat membimbangkan ketika sedang bergelut dengan pedemik Covid-19.
Darurat 2 minggu
Menerusi Astro Awani memetik laporan daripada AP , Presiden Lubnan, Michel Aoun memanggil Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan yang mengorbankan lebih 70 nyawa.
Aoun berkata mesyuarat yang diadakan itu bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu.
“Seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.”
“Dalam masa sama, kerajaan meluluskan sejumlah AS$65 juta daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan.”
Terdahulu, 2 letupan kuat telah berlaku di gudang bunga api berdekatan pelabuhan sehingga mengakibatkan kemusnahan teruk di Beirut.
Sumber: Twitter, Astro Awani

