“Peng4rah Ger4k Khas, Yusof Kelana Meningg4l Dunla” Aklbat Knser Kvlit Tah4p Emp4t

PENGARAH dan penerbit filem veteran Yusof Kelana meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 pagi, Sabtu akibat kanser kulit tahap empat.
Menurut sahabat baiknya yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli, 54, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Taman Melawati, Hulu Klang.
Kata Jurey, buat masa kini urusan jenazah masih berada di rumah dan pihak keluarga dalam proses untuk mendapatkan kebenaran lokasi perkebumian di kawasan berdekatan.
Keadaan Yusof pada Ogos lalu semakin kritikal.
“Ya… arwah meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di rumahnya. Doktor datang ke rumah untuk pengesahan. Sekarang ini nak kena buat laporan polis dahulu dan baru proses nak dapatkan kebenaran lokasi perkebumian pula.
“Isteri Yusof mahu allahyarham suaminya dikebumikan di kawasan berdekatan dengan rumah dia. Mungkin selepas solat zohor akan selesai semuanya,” kata Jurey ketika dihubungi mStar.
Menerusi laporan mStar pada 6 Ogos lalu, Allahyarham Yusof ketika itu berada dalam keadaan kritikal akibat menghidap kanser kulit tahap empat dan dirawat di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
“Isteri Yusof mahu allahyarham suaminya dikebumikan di kawasan berdekatan dengan rumah dia.”
DATUK JUREY LATIFF ROSLI
PRESIDEN PVTM
Yusof atau nama sebenarnya Omar Saleh, 66, mendapat tanda awal kansert tersebut selepas mengalami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki sejak dua tahun lalu.
Namun, sikap yang tidak suka ke hospital membuatkan Yusof membiarkan luka tersebut merebak tanpa mendapatkan rawatan sewajarnya dan dia disahkan mengidap kanser tersebut pada Jun lalu.
Yusof memulakan kerjaya sebagai pengarah filem pada tahun 1996 menerusi Tragedi Oktober yang menerima kutipan pecah panggung RM3.2 juta.
Jurey mengesahkan sahabat baiknya, Yusof meninggal dunia.
Dia kemudian meneruskan kerjasama bersama Skop Production menerusi filem MX3 (2003) dan Pontianak Menjerit (2005).
Yusof menerbitkan filem Bidong: The Boat People (2018) dan Mahathir: The Journey (2019) menerusi syarikat miliknya YKS Film Maker dan Reliance Media Group.
Selain filem, Yusof juga antara pengarah drama kepolisian popular Gerak Khas yang ditayangkan di RTM.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Sumber : mStar