“Aku Tahu Wajah Ku Jijik…” – Gadis Kecewa, Kena ‘Reject’ Sebab Muka Berjerawat
Memang ramai orang kata dalam mencari pasangan, rupa tak penting tapi yang penting itu hati budi seseorang. Bagaimana pun, bukan semua orang boleh terima kekurangan fizikal kita.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang gadis ini, disebabkan kulit wajahnya ditumbuhi banyak jerawat, lelaki yang sedang berkenalan terus tidak mahu meneruskan hubungan mereka.
Kena reject sebab muka penuh jerawat
Menerusi perkongsian di Tik Tok, dengan nama akaun Novita Lintin, menceritakan kisah dukanya dikecewakan oleh seorang lelaki hanya kerana kulit wajahnya tidak secantik gadis lain.
Pada awalnya dia berkenalan lelaki itu, dan kemudian lelaki itu minta buat video call sebab nak tengok wajah Novita, tetapi lepas dia tengok wajah Novita yang breakout, terus dia memutuskan panggilan dan tidak berhubung lagi dengan Novita.
Ramai yang beri semangat
Walaupun pedih cinta ditolak kerana fizikal, namun rata-rata pengikutnya terus memberi semangat kepada Novita, agar terus yakin dengan diri sendiri.
Semoga Novita terus kuat dan yakin, percayalah lepas ni bila kulit dah cantik, mesti ramai yang beratur nak dekat awak. Jadi jangan putus asa, awak cantik dengan cara awak sendiri.
Sumber : Novita Lintin
